Friday, February 18, 2011

hari ini dalam sejarah

MAJLIS MESYUARAT MUNICIPLE SELANGOR BERSIDANG BUAT PERTAMA KALINYA

Pembentukan sesuatu Majlis Perbandaran adalah bertujuan untuk memudahkan sistem pentadbiran di sesuatu kawasan perbandaran. Pentadbiran di sesebuah Majlis Perbandaran biasanya akan dikendalikan oleh ahli Lembaga Majlis berkenaan. Dalam titah ucapannya, Baginda Sultan Selangor mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Lembaga Perbandaran yang baru, kerana telah dipilih melalui pilihanraya oleh orang ramai untuk mentadbirkan perbandaran Selangor ini.  Baginda juga melahirkan rasa bangga dan berbesar hati di atas sumbangan, penat lelah dan usaha-usaha yang telah dijalankan sepanjang pemilihan tersebut.  Sekarang tiba masanya untuk berusaha lebih keras melaksanakan pembangunan dan melupakan segala perbahasan semasa pilihanraya. Persidangan kali pertama Majlis Mesyuarat Municipal Selangor ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri.  Mesyuarat ini juga menjadi titik tolak kepada pentadbiran perbandaran di negeri ini yang seterusnya telah berkembang menjadi sebuah pentadbiran yang cekap dalam menangani pembangunan perbandaran yang pesat di Selangor.

No comments:

Post a Comment